- Solat sunat yang dilakukan sebelum dan selepas solat Zuhur,
sekurang-kurang dua rakaat dan sebanyak-banyaknya empat rakaat. Dari
Ummi Habibah r.a: “Sesiapa yang memelihara sembahyang empat rakaat
sebelum sembahyang Zuhur, dan empat rakaat sesudahnya dia diharamkan
Allah daripada neraka.” � (Abi Daud dan at-Tirmizi)
- Solat sunat sebelum solat Asar. Dari Ali bin Abi Talib, “Nabi SAW
sembahyang sebelum Asar empat rakaat yang dibatasi antara rakaatnya
dengan satu ucapan salam atas malaikat muqarrabin dan yang mengikuti
mereka iaitu kaum Muslimin dan Mukmin.” – (at-Tirmizi)
- Solat dua rakaat sunat selepas solat Maghrib. Tetapi apabila
sahabat melakukan solat sunat sebelum Maghrib, Nabi Muhammad SAW tidak
melarangnya.
- Solat sunat sebelum solat Isyak dan selepas Isyak.
- Solat sunat dua rakaat sebelum solat Subuh dan tidak boleh
sembahyang sunat itu dikerjakan sesudah sembahyang Subuh. Dari Aisyah
r.a. dari Nabi SAW berkata ia: “Dua rakaat Fajar itu lebih baik dari
dunia dan segala yang ada di dalamnya.” – (Diriwayatkan oleh Muslim)
- صَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ قَبْلِيَةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Maghrib / Isyak / Subuh) dua rakaat Sebelum nya
kerana Allah
- أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Maghrib / Isyak ) dua rakaat Selepasnya kerana Allah
Playtech, Evolution and Big Time Gaming - Dr.MD
ReplyDeleteThe three founders of the casino software 영주 출장안마 provider are 영천 출장마사지 both in the gaming industry. of 속초 출장안마 these companies, which is why 전라남도 출장마사지 they are known 김천 출장샵 to be in the