Thursday, 2 August 2012

Sebelum tidur


sebelum tidur Rasul Allah membaca surah Al Kahfi..
kalau tidak sempat membaca surah Al kahfi,boleh cuba membaca surah As Sajdah,kalau tidak sempat boleh membaca surah Al Mulk,kalau tidak sempat lagi boleh membaca ayatul Kursi...dan sekurang-kurang membaca 3 Kul

#semanis kurma@tv9

tika teki


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran ker ana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

waallahualam#

Sunday, 29 July 2012

Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih


Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih | Cara-Cara Sembahyang Tarawih | Doa-Doa Dalam Solat Tarawih | Sempena sambutan Ramadhan Al-Mubarak yang semakin rancak setelah sehari kita berpuasa, marilah sama-sama kita hayati solat sunat terawih dan sama-sama membetulkan diri jika ada kesilapan dalam adab ketika solat dan doa-doa yang dibaca ketika solat sunat terawih. Semoga amalan kita diterima Allah S.W.T. Insyallah.
Hukum solat sunat Terawih ialah sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan samada secara berseorangan atau berjemaah. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.
Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih
Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih

(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala)

——————————————————————-

Bacaan Surah

Selepas membaca surah al-Fatihah tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu. Dari malam 1 hingga 15 Ramadan, pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah al-Takatsur hingga surah al-Lahab.
Susunan surah-surah adalah seperti :

Dari malam 16 hingga akhir Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat kedua dibaca satu surah seperti bacaan rakaat yang pertama bagi malam- malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab.

——————————————————————-

Sembahyang Witir Sebanyak Tiga Rakaat

Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan solat sunat Witir selepas solat sunat Tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja. Sunat Witir ini ditunaikan secara berjemaah. Salam selepas dua rakaat yang pertama, diikuti satu rakaat lagi dan salam. Bilal memberitahu tentang solat sunat Witir yang akan dikerjakan selepas ini dengan menyebut:
Bagi sembahyang witir seperti ini tidak ada bacaan tasyahud (tahyat) awal. Mulai malam 16 Ramadan kita disunatkan membaca qunut. Lafaz qunut samalah seperti sembahyang subuh. Jika tidak membaca qunut, sunat dilakukan sujud sahwi.
-
Semoga perkongsian ini dapat membantu kita semua memperingati amalan sunat yang hanya datang dalam bulan Ramadhan. Sama-samalah kita merubut fadhilatnya. jika ada kekurangan atau kesilapan harap ditegur. Wallahualam.

Solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu



  •  Solat sunat yang dilakukan sebelum dan selepas solat Zuhur, sekurang-kurang dua rakaat dan sebanyak-banyaknya empat rakaat. Dari Ummi Habibah r.a: “Sesiapa yang memelihara sembahyang empat rakaat sebelum sembahyang Zuhur, dan empat rakaat sesudahnya dia diharamkan Allah daripada neraka.” � (Abi Daud dan at-Tirmizi)



  • Solat sunat sebelum solat Asar. Dari Ali bin Abi Talib, “Nabi SAW sembahyang sebelum Asar empat rakaat yang dibatasi antara rakaatnya dengan satu ucapan salam atas malaikat muqarrabin dan yang mengikuti mereka iaitu kaum Muslimin dan Mukmin.” – (at-Tirmizi)



  • Solat dua rakaat sunat selepas solat Maghrib. Tetapi apabila sahabat melakukan solat sunat sebelum Maghrib, Nabi Muhammad SAW tidak melarangnya.



  • Solat sunat sebelum solat Isyak dan selepas Isyak.



  • Solat sunat dua rakaat sebelum solat Subuh dan tidak boleh sembahyang sunat itu dikerjakan sesudah sembahyang Subuh. Dari Aisyah r.a. dari Nabi SAW berkata ia: “Dua rakaat Fajar itu lebih baik dari dunia dan segala yang ada di dalamnya.” – (Diriwayatkan oleh Muslim)




  • صَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ قَبْلِيَةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
         Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Maghrib / Isyak / Subuh) dua rakaat Sebelum nya kerana Allah

  • أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Maghrib / Isyak ) dua rakaat Selepasnya kerana Allah




Thursday, 12 July 2012

Popia Nestum

Baru Kerepek Popia Nestum Untuk dijual dengan harga promosi sehingga hari raya nanti.





HARGA BERAT BERSIH
RM16 Per balang 500gram
RM30 Per pack 1kg                                                  



Hubungi kami untuk harga borong
 sms/emel 0146438465 saudagar8589@gmail.com